RESEPI ALMOND LONDON SUKATAN CAWAN
Apa yang boleh dikatakan tentang
biskut Almond London selain sebagai biskut yang terkenal dalam kalangan rakyat
Malaysia. Tidak kira apa jenis perayaan yang disambut, sama ada Tahun Baru
Cina, Hari Raya atau Deepavali, sudah pasti terdapat satu balang Almond London
di sudut meja. Almond London sinonim dengan biskut coklat yang diisi dengan
sebutir kacang badam yang digoreng tanpa minyak atau dibakar separuh masak.
Badam… Sebenarnya kacang badam
mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Sebelum kita mengintai resepi Almond
London yang terkenal, marilah kita mengenali serba sedikit kacang badam yang
terlalu banyak khasiatnya. Kacang badam sering dijumpai dalam coklat. Walhal,
kacang badam boleh dimakan mentah atau digoreng tanpa minyak.
Badam merupakan sejenis kacang
yang penting untuk kesihatan seseorang. Hal ini kerana badam mempunyai pelbagai
khasiat. Badam boleh dimakan mentah, dikukus, dibakar atau dijadikan campuran
makanan seperti kuih dan sebagainya. Adakah anda tahu, badam mengandungi 20
kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin yang lain. Badam
mengandungi lemak dan karbohidrat yang tinggi. Selain itu, badam mengandungi
gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain.
Kandungan vitamin B yang terdapat
dalam badam mengatasi kandungan vitamin yang terdapat dalam telur. Malahan
niasin yang dimiliki oleh badam ini juga melebihi gandum. Tambahan lagi,
kandungan kalsium dalam badam juga melebihi kandungan kalsium yang terdapat
dalam susu. Begitu juga dengan kandungan fosforusnya mengatasi kandungan
fosforus dalam keju.
Kanak-kanak merupakan golongan
yang amat sesuai dalam pemakanan badam. Hal ini kerana khasiat badam dapat
membantu tumbesaran, membina tulang dan gigi mereka. Sementara khasiatnya untuk
orang dewasa ialah membantu menyihatkan jantung. Badam mengandungi kuantiti
lemak yang tinggi, namun 90% daripada lemak dalam badam merupakan lemak tak
tepu yang diperlukan oleh badan anda. Kandungan lemak mono tak tepu yang tinggi
dalam badam sama terdapat dalam minyak zaitun menjadi penawar bagi memerangi
kolesterol LDL yang terkumpul dalam badan. Pada bahagian selaput biji badam
sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis antioksida utama.
Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan
paras homocystein yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan
mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. Badam mengandungi
protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, fosforus,
biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi.
Segenggam badam yang bersamaan 35gm dapat membekalkan 45% daripada keperluan
harian vitamin E dan manganese.
Perkara yang paling menarik tentang badam ialah badam menghalang
masalah obesiti atau kegemukan. Berdasarkan satu kajian yang pernah disiarkan
di dalam International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, diet
yang diperkaya dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih
berkesan berbanding diet berkalori rendah daripada kabohidrat kompleks. Berikut
merupakan kebaikan badam yang boleh anda perolehi :
·
Membantu perkembangan minda
·
Mengawal tahap kolestrol jahat
·
Mengurangkan risiko penyakit
jantung
·
Menjaga kesuburan kulit
·
Mengawal tekanan darah
·
Menghalang kanser terutamnya
usus
·
Mengurangkan kenaikan paras gula
dan insulin
·
Membantu mengurangkan kecacatan
bayi ketika hamil
·
Mengurangkan berat badan
·
Mengelakkan sembelit
·
Membantu dalam pembentukan
tenaga
·
Mengatasi masalah keguguran
rambut, menguatkan rambut, menghapuskan kelemumur dan rambut cepat beruban
·
Sebagai tonik kesihatan
·
Melegakan sakit otot
Salah satu makanan yang sinonim
dengan penggunaan badam ialah biskut Almond London. Berikut merupakan resepi
untuk menyediakan biskut Almond London yang menjadi kegemaran ini. Bahan-bahan
berikut dapat menghasilkan lebih kurang 140 biji biskut Almond London. Jumlah
yang cukup banyak untuk anda kongsikan bersama rakan-rakan anda!
Bahan-bahan :
·
250gm butter
·
2 ½ cawan tepung gandum
·
½ cawan nestum
·
1 cawan tepung jagung
·
1 cawan gula aising
·
1 biji kuning telur
·
Badam biji yang dipanggang
·
Badam cincang untuk hiasan
·
Coklat masakan secukupnya
·
Mangkuk kertas (paper cup)
·
Sedikit minyak jagung
Cara-cara menyediakan :
·
Pukul butter bersama gula
sehingga sebati.
·
Kemudian masukkan kuning telur
dan pukul lagi sehingga rata.
·
Masukkan pula nestum, tepung
jagung dan tepung gandum. Masukkan sedikit demi sedikit.
·
Uli bahan tadi menjadi doh yang
lembut dan tidak melekat pada tangan.
·
Ambil sedikit dos, isikan badam
di tengahnya.
·
Bentukkan doh yang berisi badam
menjadi bentuk bujur atau bulat mengikut citarasa anda.
·
Bakar pada suhu 180⁰C
selama 20 minit atau sehingga masak. Kemudian, sejukkan biskut anda.
·
Masak coklat dan masukkan sedikit
minyak jagung coklat tersebut kelihatan berkilat.
·
Apabila coklat sudah cair sepenuhnya,
celupkan biskut sebiji demi sebiji.
·
Isikan dalam mangkuk kertas dan
taburkan badam cincang.
·
Biarkan coklat membeku pada suhu bilik
sebelum dimasukkan ke dalam bekas.